Thursday, September 3, 2015

NEGARA BERSIH RAKYAT SIHAT


Para cendiakawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada bawah naungan negara yang bersih.. Negara adalah suatu daerah atau wilayah yang ada di permukaan bumi di mana terdapat pemerintahan yang mengatur ekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan keamanan, dan lain sebagainya. Di dalam suatu negara minimal terdapat unsur-unsur negara seperti rakyat, wilayah, pemerintah yang berdaulat serta pengakuan dari negara lain.  Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada darisegi persekitaran ataupun kehidupan sosial. Rakyat pula bererti seluruh penduduk bagi sesebuah negara.Akhir sekali, sihat didefinisikan sebagai tidak menghadapi sebarang penyakit, baik dari segi fizikal mahupun mental. Justeru, kita sebagai rakyat harus menitikberat akan perihal kebersihan ini untuk melahirkan rakyat yang sihat serta bebas daripada segala ancaman penyakit. Secara tidak lansung,negara kita juga akan untung dari segi pembangunan kerana memiliki rakyat yang sihat akal, fizikal danmental. Jadi, negara kita pasti dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain serta tidak dipandang seperti anjing kurap.Bagi memastikan impian‘Negara Bersih Rakyat Sihat’ dapat direalisasikan dengan sempurna , kita sebagai rakyat negara mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan dalam kehidupan harian kita. Kebersihan juga hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukan hanya diperkatakan dan meniti dari bibir ke bibir sahaja tetapi juga diamalkan dalam kehidupan harian dan berpatri kukuh di jiwa setiap insan. Hal ini kerana, kebersihan membawa erti besar kepada kerajaan negara.Mari kita sama-sama menghayati hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakkannya sebagai sebahagian daripada imannya .(riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)Jadi, di sini jelaslah bahawa kebersihan itu penting. Namun begitu bukan hanya agama islam sahaja yang mementingkan kebersihan tetapi semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan harian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan sarwajagat.Bertunjangkan kepada hal tersebut, langkah sederap untuk memberikan kesedaran masyarakat dalam menggerakkan usaha kearah negeri bersih harus dilakukan.Hal ini disebabkan peranan masyarakatmerupakan faktor dominan yang menjadi tunjang kepada pihak kerajaan.Untuk merialisasikan amanat kebersihan ini, pelbagai usaha perlu diambil dan dilaksanakan.Contohnya, ‘Jom Bersih!’ merupakan salah satu kempen yang pernah diusahakan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu. Kempen seperti ini harus diperhebatkan lagi serta dimantapkan agar segala motif dan objektif sampai ke peringkat agar umbi. Selain itu, segala promosi dalam media massa haruslah digerakkan dengan lebih hebat kerana segala maklumat yang ingin disampaikan mesti menepati sasarannya. Hal ini adalah untuk memastikan segala perancangan kerajaan mampu diterima dan dihayati oleh rakyat jelata. Sebagai intihan bicara, kerajaan negara boleh mempromosikan kebersihan dalam media elektronik mahupun akhbar arus perdana. Seterusnya,penguatkuasaan undang-undang harus menjadi satu aspek yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Oleh itu, pihak majlis perbandaraan negeri haruslah memainkan peranan dengan memantau kegiatan orang awam yang bersikap buruk seperti membuang sampah di merata-rata tempat.Jadi tindakan tegas seperti menyaman ataupun memberikan khidmat kaunseling atas tindakan yang telah dilakukan oleh mereka harus diambil. Pihak majlis perbandaraan juga haruslah menjalankan kerja-kerja yang telah ditetapkan mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan untuk mereka bertugas. Dengan cara ini, negara akan bebas daripada sebarang pencemaran alam yang akan mencacatkan pemandangan. Sejak dari ketamadunan masyarakat dahulu lagi, undang-undang merupakan perkara pokok yang menjadikan sesebuah bangsa itu bertamadun. Justeru, gerakan kempen secara proaktif dan juga penguatkuasaan undang-undang yang berkesan mampu mewujudkan suasana dan persekitaran negara Malaysia yang bersih serta harmoni. Sekaligus, menjadikan rakyat negara sihat sejahtera. 

No comments:

Post a Comment