Para cendiakawan sering mengatakan
bahawa rakyat yang sihat pasti berada bawah naungan negara yang bersih.. Negara adalah suatu daerah atau wilayah
yang ada di permukaan bumi di mana terdapat pemerintahan yang mengatur ekonomi,
politik, sosial, budaya, pertahanan keamanan, dan lain sebagainya. Di dalam suatu negara minimal terdapat
unsur-unsur negara seperti rakyat, wilayah, pemerintah yang berdaulat serta
pengakuan dari negara lain. Manakala bersih membawa makna bebas daripada
segala bentuk pencemaran sama ada darisegi persekitaran ataupun kehidupan
sosial. Rakyat pula bererti seluruh penduduk bagi sesebuah negara.Akhir sekali,
sihat didefinisikan sebagai tidak menghadapi sebarang penyakit, baik dari segi
fizikal mahupun mental. Justeru, kita sebagai rakyat harus menitikberat akan
perihal kebersihan ini untuk melahirkan rakyat yang sihat serta bebas daripada
segala ancaman penyakit. Secara tidak lansung,negara kita juga akan untung
dari segi pembangunan kerana memiliki rakyat yang sihat akal, fizikal
danmental. Jadi, negara kita pasti dapat duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain serta tidak dipandang
seperti anjing kurap.Bagi memastikan impian‘Negara Bersih Rakyat Sihat’ dapat direalisasikan dengan
sempurna , kita sebagai rakyat negara mestilah terlebih dahulu menyanjung
tinggi kebersihan dalam kehidupan harian kita. Kebersihan juga hendaklah
dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukan hanya
diperkatakan dan meniti dari bibir ke bibir sahaja tetapi juga diamalkan
dalam kehidupan harian dan berpatri kukuh di jiwa setiap insan. Hal ini kerana,
kebersihan membawa erti besar kepada kerajaan negara.Mari kita sama-sama
menghayati hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , amat jelas kepada
kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan
dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakkannya sebagai sebahagian
daripada imannya .(riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)Jadi, di
sini jelaslah bahawa kebersihan itu penting. Namun begitu bukan hanya
agama islam sahaja yang mementingkan kebersihan tetapi semua agama di
dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan
harian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan
sarwajagat.Bertunjangkan kepada hal tersebut, langkah sederap untuk memberikan
kesedaran masyarakat dalam menggerakkan usaha kearah negeri bersih harus
dilakukan.Hal ini disebabkan peranan masyarakatmerupakan faktor dominan yang
menjadi tunjang kepada pihak kerajaan.Untuk merialisasikan amanat
kebersihan ini, pelbagai usaha perlu diambil dan dilaksanakan.Contohnya, ‘Jom Bersih!’ merupakan salah satu
kempen yang
pernah diusahakan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu. Kempen seperti
ini harus diperhebatkan lagi serta dimantapkan agar segala motif dan
objektif sampai ke peringkat agar umbi. Selain itu, segala promosi dalam media
massa haruslah digerakkan dengan lebih hebat kerana segala maklumat yang ingin
disampaikan mesti menepati sasarannya. Hal ini adalah untuk memastikan segala
perancangan kerajaan mampu diterima dan dihayati oleh rakyat jelata. Sebagai
intihan bicara, kerajaan negara boleh mempromosikan kebersihan dalam media
elektronik mahupun akhbar arus perdana. Seterusnya,penguatkuasaan
undang-undang harus menjadi satu aspek yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
Oleh itu, pihak majlis perbandaraan negeri haruslah memainkan peranan dengan
memantau kegiatan orang awam yang bersikap buruk seperti
membuang sampah di merata-rata tempat.Jadi tindakan tegas seperti menyaman
ataupun memberikan khidmat kaunseling atas tindakan yang telah dilakukan oleh
mereka harus diambil. Pihak majlis perbandaraan juga haruslah menjalankan
kerja-kerja yang telah ditetapkan mengikut masa dan jadual yang telah
ditetapkan untuk mereka bertugas. Dengan cara ini, negara akan bebas daripada sebarang
pencemaran alam yang akan mencacatkan pemandangan. Sejak dari
ketamadunan masyarakat dahulu lagi, undang-undang merupakan perkara pokok
yang menjadikan sesebuah bangsa itu bertamadun. Justeru, gerakan kempen
secara proaktif dan juga penguatkuasaan undang-undang yang berkesan mampu
mewujudkan suasana dan persekitaran negara Malaysia yang bersih serta harmoni.
Sekaligus, menjadikan rakyat negara sihat sejahtera.